Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB gesa Mali siasat serangan terhadap pasukan misi pengaman

    MOSCOW, 2 JUN – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa pihak berkuasa Mali menyiasat serangan yang menyasarkan konvoi logistik Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi Pertubu-han Bangsa-Bangsa Bersatu di Mali (MINUSMA) dan membawa dalangnya ke muka pengadilan, kata jurucakap Guterres.

    Dalam kejadian kelmarin, seorang anggota misi pengaman MINUSMA terbunuh dan tiga lagi cedera dalam satu serangan berhampiran bandar Kidal di timur laut negara itu.

    “Setiausaha Agung mengulangi bahawa serangan yang menyasarkan pasukan pengaman PBB mungkin merupakan jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa.

    “Beliau menggesa pihak berkuasa Mali untuk mengenal pasti pelakunya supaya mereka boleh dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin,” kata Guterres dalam satu kenyataan.

    Guterres turut mengutuk sekeras-kerasnya atas serangan itu dan mengucapkan takziah kepada waris mangsa dan berharap mereka yang cedera segera sembuh, lapor Sputnik.

    MINUSMA mula beroperasi di Mali pada 2013. Sejak penubuhannya, MINUSMA mencatatkan lebih 200 kematian, kadar tertinggi dalam kalangan misi pengaman PBB. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda