Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB gesa Syria dedah maklumat mangsa perang

    AMERIKA SYARIKAT, 29 Nov – Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Syria semalam menggesa Majlis Keselamatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan Syria untuk memberikan maklumat kepada ahli keluarga mengenai nasib mangsa-mangsa yang hilang atau ditahan semasa peperangan tersebut.

    Susulan mesyuarat rasmi tertutup bersama ahli-ahli majlis, pengerusi suruhanjaya berkata ia sangat penting bagi memaksa pihak kerajaan untuk memberikan kenyataan penuh selepas ia bermula pada Mei lalu untuk mendedahkan mengenai berita mengenai mangsa.

    “Isu mengenai tahanan dan mangsa yang hilang tidak sepatutnya diuruskan selepas berdamai tetapi sekarang tiba masanya untuk mempertimbangkannya,” kata Paulo Pinheiro, yang mengetuai suruhanjaya bagi siasatan pencabulan hak asasi manusia semasa peperangan.

    Pada Mei lalu, pihak polis tentera dan tentera buat pertama kali memberikan maklumat kepada pejabat pendaftaran awam kerajaan mengenai mangsa yang meninggal dunia, sekali gus memberi maklumat kepada ahli keluarga mengenai nasib keluarga mereka.

    “Pihak kerajaan mula mendedahkan maklumat tetapi sedikit,” kata anggota suruhanjaya, Hanny Megally.

    “Pihak keluarga mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku, mendapatkan maklumat mengenai mereka dan juga di mana mayatnya berada.”

    Badan bebas antarabangsa perlu diberikan akses untuk semua tempat penahanan bagi mengesahkan siapa masih hidup di dalam tahanan itu, tambahnya.

    Perang Syria telah mengorbankan lebih 360,000 orang dan menjejaskan berjuta-juta yang lain. Usaha diplomatik pimpinan PBB untuk menamatkan perang itu terhenti tetapi Rusia, Iran dan Turki mengetuai secara berasingan berusaha untuk menstabilkan negara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda