Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    PBB guna Uber hantar bantuan di Ukraine

    ROM, 9 JUN – Program Makanan Sedu-nia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kelmarin bahawa mereka telah bekerjasama dengan Uber bagi menyampaikan bantuan kepada orang ramai di kawasan bandar Ukraine yang dilanda perang.

    Di kawasan yang tidak dapat dilalui oleh trak yang lebih besar, WFP berkata ia menggunakan versi platform teknologi Uber yang dibina khas bagi menyelaras, menghantar dan menjejaki kumpulan kenderaan yang lebih kecil.

    Dalam satu kenyataan, WFP berkata ia telah mengedarkan makanan di Dnipro, manakala penghantaran juga dilakukan di ibu negara Kyiv, Lviv, Vinnytsia dan Chernivtsi.

    “Melalui platform ini, WFP berpeluang menghantarkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukannya di samping menghantar penghantaran dalam pelbagai saiz kenderaan, menjejaki setiap perjalanan ke destinasinya serta mengesahkan penghantaran telah dibuat dengan selamat,” katanya.

    Dalam satu kenyataan lagi, ketua eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi berkata, syarikat itu telah menyediakan akses kepada platformnya secara percuma.

    Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada penghujung Februari mencetuskan konflik kejam yang telah menyebabkan beribu-ribu orang mati serta memaksa berjuta-juta orang meninggalkan kediaman mereka, dengan sebahagian besar negara itu hampir musnah.

    Sementara itu, WFP menambah bahawa menjelang akhir Jun, ia akan menyediakan makanan dan wang tunai kepada lebih tiga juta orang setiap bulan di Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...