Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PBB Kecam Korea Utara Lancar Satelit Tentera

    NEW YORK, 22 NOV – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam Korea Utara kerana melancarkan satu lagi satelit ketenteraan menggunakan teknologi peluru berpandu balistik, lapor Sptunik memetik jurucakap PBB, Stephane Dujarric kelmarin.

    Beliau berkata sebarang pelancaran oleh Korea Utara menggunakan teknologi peluru berpandu balistik adalah bertentangan dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB.

    Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCG) kelmarin berkata Korea Utara telah melaksanakan pelancaran ‘satelit peninjau tentera’.

    Pelancaran itu turut dikecam oleh pihak berkuasa Korea Selatan dan mendorong Seoul menggantung sebahagian daripada perjanjian pengurangan ketegangan ketenteraan antara Korea 2018 sebagai tindak balas. – Bernama

    Gambar menunjukkan pelancaran satelit ketenteraan ke angkasa pada 21 November 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...