Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    PBB kecam peningkatan serangan maut Israel di Gaza

    HAMILTON 16 SEPT – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin mengecam, “peningkatan serangan maut” oleh tentera Israel di seluruh Bandar Gaza, sambil memberi amaran mengenai kesan buruk terhadap orang awam yang sudah berdepan kebuluran dan pemindahan, lapor Anadolu Ajansi.

    “Kami mengecam peningkatan serangan maut oleh tentera Israel yang berlaku sepanjang hujung minggu di Bandar Gaza, dengan puluhan orang dilaporkan terbunuh atau cedera. Seperti awda bayangkan, ini memberi kesan amat buruk terhadap orang awam yang menanggung penderitaan dan kebuluran,” kata jurucakap PBB Stephane Dujarric pada sidang akhbar.

    Dujarric mengulangi gesaan PBB, “agar orang awam dan petugas kemanusiaan dilindungi serta undang-undang antarabangsa dihormati sepenuhnya.”

    Beliau berkata rakan kongsi PBB yang memantau pergerakan penduduk di Gaza menganggarkan hampir 70,000 orang berpindah ke selatan, khususnya ke Deir al-Balah dan Khan Younis. Dalam tempoh sebulan lalu, kira-kira 150,000 orang berpindah dari utara ke selatan.

    Beliau turut menekankan situasi kemanusiaan yang semakin merosot dengan berkata: “Rakan kongsi kami melaporkan bahawa satu pertiga fasiliti rawatan malnutrisi di Bandar Gaza telah ditutup berikutan arahan pemindahan paksa.”

    Dujarric menambah bahawa klinik di Deir al-Balah juga menggantung perkhidmatan, manakala “lebih separuh ambulans kini tidak berfungsi, dengan jumlah ambulans yang sangat terhad untuk berkhidmat kepada ribuan orang.”

    Merujuk kepada Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), beliau berkata “daripada 17 misi yang diselaraskan pasukan kami dengan pihak berkuasa Israel, hanya empat dibenarkan. Tujuh misi ditolak, termasuk penghantaran tangki air ke utara.”

    Beliau menegaskan bahawa, “rakan kemanusiaan kami terus menggesa akses kemanusiaan tanpa halangan. Bantuan harus disalurkan secara besar-besaran melalui pelbagai lintasan masuk ke Gaza, termasuk kawasan utara.”

    Menyorot cabaran infrastruktur di lapangan, Dujarric turut menyatakan bahawa “77 peratus rangkaian jalan raya di Gaza telah rosak, dengan wilayah Gaza dan Khan Younis paling teruk terjejas.” – Bernama/Anadolu 

    Seorang budak lelaki mengibarkan bendera Palestin di hadapan runtuhan sebuah bangunan askar selepas dibom Israel di Gaza City kelmarin. PBB kecam peningkatan serangan Israel. – Gambar fail AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...