Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    PBB kecam serangan bom di Lubnan

    BEIRUT, 13 OKT – Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan kelmarin memaklumkan bahawa salah seorang anggotanya cedera selepas terkena bom tangan Israel yang dijatuhkan berhampiran kedudukan PBB di selatan negara itu, insiden ketiga seumpamanya dalam tempoh lebih sebulan.

    Israel mengakui insiden tersebut yang berlaku pada Sabtu, dan memaklumkan bahawa semakan telah dijalankan serta langkah keselamatan diperkukuh.

    Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) bekerjasama dengan tentera Lubnan bagi menyokong gencatan senjata November lalu yang bertujuan menamatkan lebih setahun ketegangan antara Israel dan kumpulan pejuang Hizbullah, yang memuncak kepada dua bulan perang terbuka.

    “Beberapa minit sebelum tengah hari semalam, sebuah dron Israel menjatuhkan bom tangan yang meletup berhampiran kedudukan UNIFIL di Kfar Kila,” kata kenyataan pasukan tersebut kelmarin.

    “Seorang anggota pengaman cedera ringan dan menerima rawatan perubatan.”

    Awal bulan ini, UNIFIL berkata dron Israel telah menjatuhkan beberapa bom tangan berhampiran anggota pengaman yang bertugas mengawal keselamatan pekerja yang membersihkan runtuhan akibat perang.

    Dalam kejadian sama bulan lepas, UNIFIL memaklumkan dron Israel turut menjatuhkan empat bom tangan berhampiran anggota pasukan itu. Ketika itu, Israel menegaskan tidak ada sebarang ‘serangan sengaja’ ke atas pasukan pengaman tersebut.

    UNIFIL menyifatkan insiden pada Sabtu sebagai “satu lagi pelanggaran serius terhadap Resolusi 1701 dan mengabaikan keselamatan anggota pengaman.”

    Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 telah menamatkan konflik 2006 antara Israel dan Hizbullah serta menjadi asas kepada gencatan senjata pada November lalu. – AFP

    Orang ramai berdiri di tengah-tengah peralatan pertanian yang hangus terbakar di tapak serangan udara Israel pada waktu malam di kampung Msaileh, selatan Lubnan, pada 11 Oktober. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Berita Berkaitan

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Terkini

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...