Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB: Korban migran meningkat 3 kali ganda

    PARIS, 29 SEPT – Jumlah migran yang meninggal atau hilang cuba menyeberangi Laut Mediterranean pada musim panas ini meningkat tiga kali ganda berbanding tahun lepas, menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

    Antara bulan Jun dan Ogos, sekurang-kurangnya 990 orang meninggal atau hilang dalam laluan tengah Laut Mediterranean yang berbahaya antara Afrika utara dan Eropah, berbanding dengan 334 kematian pada bulan yang sama pada 2022, lapor agensi kanak-kanak PBB, UNICEF.

    Walau bagaimanapun, agensi itu tidak menyebutkan jumlah khusus bagi kanak-kanak yang meninggal semasa penyeberangan, namun menyatakan lebih 11,600 kanak-kanak bawah umur tanpa penjaga adalah antara migran yang cuba ke Itali menggunakan kapal buatan sendiri sementara antara Januari dan September, menunjukkan peningkatan 60 peratus berbanding sembilan bulan pertama pada 2022.

    “Laut Mediterranean telah menjadi tempat perkuburan bagi kanak-kanak dan masa depan mereka,” kata penyelaras UNICEF, Regina De Dominicis.

    “Korban tragis kanak-kanak yang mati dalam mencari suaka dan keselamatan di Eropah adalah hasil daripada pilihan politik dan sistem migrasi yang rosak,” katanya.

    Menurut Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, 2,500 migran meninggal atau hilang di Laut Mediterranean antara 1 Januari dan 24 September, menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. – AFP

    Migran dari Afrika berada di atas sebuah bot kecil, ketika pengawal pantai Tunisia bersiap sedia untuk memindahkan mereka ke kapal di laut antara Tunisia dan Itali, pada 10 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda