Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB kutuk serangan di Kabul

    NEW YORK, 29 Dis – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres semalam mengutuk serangan ke atas Pusat Kebudayaan Tabyan dan cawangan media di Kabul, ibu kota Afghanistan, lapor agensi berita China Xinhua.

    Dalam satu kenyataan, jurucakapnya Stephane Dujarric berkata “Setiausaha Agung memanjangkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera cepat sembuh.

    “Beliau menzahirkan perpaduannya bersama-sama rakyat dan kerajaan Afghanistan. Beliau yakin bahawa proses damai adalah satu-satunya jalan bagi memastikan kestabilan Afghanistan,” kata Dujarric.

    Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh manakala lebih 20 lagi cedera dalam serangan bunuh diri berkembar dan letupan bom selepas itu yang menggegarkan sebuah pusat kebudayaan di bahagian barat kejiranan Kabul semalam, kata pihak berkuasa.

    Siasatan awal menunjukkan bahawa 40 orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam serangan pengganas itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda