Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara

    PBB, 30 Ogos – Majlis Keselamatan PBB mengutuk ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara semalam, sebulat suara menuntut Pyongyang menghentikan program selepas roket dilancarkan di ruang udara Jepun ke Pasifik.

    Ekoran sesi tergempar bertutup yang diadakan oleh Amerika Syarikat dan Jepun, duta Tokyo di PBB mencadangkan satu pengumuman sekatan baru mungkin dikeluarkan.

    “Langkah seterusnya bermula sekarang. Kami tidak dapat meramalkan keputusan tetapi saya pastinya berharap ia adalah resolusi yang kukuh selepas kenyataan ini,” kata Koro Bessho.

    Badan yang terdiri daripada 15 anggota itu tetap bersatu padu selepas provokasi terbaru Kim Jong-Un, dengan China dan Rusia bersetuju untuk menandatangani satu kenyataan yang mengecam tindakan rejim tersebut.

    Namun kenyataan yang didraf oleh AS, sementara mendapati ujian bertentangan dengan beberapa resolusi Majlis Keselamatan sebelumnya, tidak akan membawa kepada langkah baru ke atas Pyongyang.

    Duta Jepun ke PBB mengadakan mesyuarat tergempar mengenai pelancaran ujian peluru berpandu yang dilakukan oleh Korea Utara. – AFP

    Namun, sumber diplomatik memberitahu AFP reaksi anggota yang cepat menguatkan keazaman mereka untuk bersatu padu.

    “Majlis Keselamatan menekankan tindakan DPRK bukan sahaja satu ancaman kepada rantau, tetapi kepada semua negara anggota PBB,” kata kenyataan, dikeluarkan selepas rundingan pintu bertutup di ibu pejabat PBB.

    “Majlis Keselamatan meluahkan kebimbangan bahawa DPRK adalah, dengan mengadakan pelancaran sedemikian di Jepun serta tindakan terbarunya dan kenyataan awam, sengaja menjejas keamanan dan kestabilan serantau.”

    Majlis menuntut Korea Utara, telah pun menjadi sasaran tujuh sekatan PBB yang tidak banyak membantu dalam menumpaskan cita-cita peluru berpandu nuklear Kim – mematuhi semua resolusi.

    Ia bermakna Utara “meninggalkan semua senjata nuklear dan program nuklear sekarang dalam cara yang boleh disahkan, dan serta merta menghentikan semua aktiviti berkaitan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda