ISLAMABAD, 27 JUN – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini berkata ia telah mendokumenkan tahap ketara orang awam yang terbunuh dan cedera dalam serangan di Afghanistan sejak pengambilalihan Taliban – walaupun terdapat pengurangan ketara dalam jumlah korban berbanding tahun-tahun perang dan pemberontakan sebelumnya.
Menurut laporan baharu oleh misi PBB di Afghanistan, atau UNAMA, sejak pengambilalihan pada pertengahan Ogos 2021 dan sehingga akhir Mei, terdapat 3,774 korban awam, termasuk 1,095 orang terbunuh dalam keganasan di negara itu.
Itu berbanding dengan 8,820 mangsa awam, termasuk 3,035 terkorban pada 2020, menurut laporan awal PBB. – AP
