GENEVA, 4 DIS – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini berkata ia memerlukan lebih daripada AS$47 bilion untuk bantuan tahun depan, sambil menegaskan konflik yang semakin meningkat dan krisis iklim akan menyebabkan ratusan juta orang memerlukan bantuan.
“Dunia memerlukan perhatian,” kata Ketua Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB yang baharu, Tom Fletcher, kepada pemberita di Geneva, sambil mengakui kebimbangannya tentang masa depan 2025.
Menerusi konflik keganasan yang semakin meningkat di tempat-tempat seperti Gaza, Sudan dan Ukraine, di samping perubahan iklim dan cuaca ekstrem yang semakin teruk, PBB menganggarkan bahawa 305 juta orang di seluruh dunia akan memerlukan beberapa bentuk bantuan kecemasan tahun depan.
“Kita sekarang sedang berhadapan dengan pelbagai krisis di seluruh dunia, dan rakyat yang paling daif di dunia akan menanggung akibatnya,” kata Fletcher.
Fletcher yang melancarkan Tinjauan Kemanusiaan Global, mengakui bahawa PBB dan rakan kongsinya tidak akan dapat berhubung dengan semua yang memerlukan bantuan.
Rayuan tahunan oleh agensi PBB dan organisasi kemanusiaan lain sedang memerlukan AS$47.4 bilion untuk 2025 – permintaan yang kurang pada tahun ini –di mana ia dikatakan cukup untuk memberikan bantuan kepada 189.5 juta rakyat yang memerlukan. – AFP