Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘PBB perlu buat pembaharuan’

    ISTANBUL, 21 SEPT – Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Selasa berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu membuat pembaharuan dan memperkukuhkan fungsinya untuk mengembalikan kredibilitinya susulan perang Rusia terhadap Ukraine.

    Mendesak badan dunia itu untuk menegaskan semula mengenai pentingnya orde berasaskan peraturan antarabangsa, Kishida turut mengkritik Rusia kerana mengancam kemungkinan penggunaan senjata nuklear semasa konflik ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York.

    Perdana Menteri Jepun itu berkata “tindakan yang khusus akan menjadi penting dalam mengembalikan kredibiliti Majlis Keselamatan (UNSC) (PBB),” lapor Agensi Anadolu. – Bernama

    Perdana Menteri Fumio Kishida bercakap pada sesi UNGA ke-77 di ibu pejabat PBB di Bandar New York pada 20 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda