GENEVA, 25 SEPT – Sejuta pelarian Syria telah kembali ke tanah air dari luar negara sejak kejatuhan pemerintah lama Bashar al-Assad Disember lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, sambil menggesa lebih banyak sokongan bagi membolehkan yang lain turut pulang.
“Dalam tempoh hanya sembilan bulan, sejuta rakyat Syria kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad pada 8 Disember 2024,” kata agensi pelarian PBB dalam satu kenyataan.
Selain itu, sebanyak 1.8 juta orang lagi yang pernah dipindahkan di dalam negara sepanjang hampir 14 tahun perang saudara juga telah kembali ke kawasan asal mereka.
Sambil menyifatkan kepulangan besar-besaran ini adalah sebagai “tanda harapan besar dan jangkaan tinggi rakyat Syria selepas peralihan politik di negara itu”, UNHCR memberi amaran, mereka yang kembali akan berdepan dengan “cabaran amat besar”. – AFP


