Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB: Sekolah harus dibuka semula secepat mungkin

    GENEVA, 27 JULAI – Sekolah yang ditutup disebabkan pandemik koronavirus mesti dibuka semula secepat mungkin, desak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, menganggarkan pendidikan lebih daripada 600 juta kanak-kanak telah terjejas.

    “Ia tidak boleh diteruskan,” beritahu James Elder, jurucakap untuk Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) kepada wartawan di Geneva.

    Sementara mengakui pilihan sukar yang perlu diambil oleh kerajaan apabila berdepan krisis COVID-19 dan kemungkinan penularan penyakit itu, ‘sekolah-sekolah harus menjadi yang terakhir untuk ditutup dan pertama dibuka semula,” kata beliau, menggelarnya satu ‘kesilapan dahsyat’ untuk membuka semula kelab malam dan bar sebelum sekolah.

    “Pembukaan semula sekolah tidak dapat menunggu untuk semua guru dan pelajar menerima suntikan vaksin,” tambah beliau,menggesa kerajaan supaya melindungi belanjawan pendidikan mereka meskipun kemelesetan ekonomi yang dicetuskan oleh pandemik.

    Sementara kanak-kanak di utara hemisfera sedang bercuti, di timur dan selatan Afrika, kira-kira 40 peratus daripada kanak-kanak yang layak bersekolah tercicir buat masa sekarang.

    Di seluruh rantau, sekolah ditutup disebabkan peningkatan COVID-19, dengan lebih daripada 32 juta kanak-kanak dianggarkan ponteng disebabkan penutupan berkaitan pandemik atau gagal kembali selepas kelas mereka dibuka semula.

    Jumlah tersebut tidak termasuk kira-kira 37 juta kanak-kanak yang ponteng sekolah sebelum COVID-19 meletus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda