SYDNEY, 2 Nov – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengingatkan tentang ‘krisis kemanusiaan yang berlaku’ di pusat tahanan Australia di Papua New Guinea hari ini, meminta Canberra supaya menghentikan perbalahan di antara pelarian dan pihak berkuasa.
Kem Pulau Manus, ditubuhkan untuk menempatkan dan memproses pencari perlindungan di bawah dasar imigresen yang ketat di Australia, ditutup secara rasmi pada Selasa selepas ia dianggap bersifat tidak berperlembagaan oleh Mahkamah Agung PNG.
Namun kira-kira 600 lelaki telah mengurung diri mereka di dalam meskipun air dan elektrik telah diputuskan dan bekalan makanan yang berkurangan, berkata mereka bimbang keselamatan mereka jika mereka berpindah ke pusat peralihan di tengah laporan penduduk tempatan tidak mahu mereka di sana.
“UNHCR, Agensi Pelarian PBB hari ini mengulang gesaannya kepada Australia supaya menghentikan krisis kemanusiaan yang berlaku di Pulau Manus, Papua New Guinea,” kata pertubuhan dalam satu kenyataan.
Menggambarkan situasi sebagai “semakin tegang dan tidak stabil,” agensi berkata tidak adanya penginapan yang mencukupi di luar kem untuk semua lelaki, dengan satu pusat masih belum siap.
Di dalam kem, mereka sedang menyimpan air dalam tong sampah untuk keperluan mereka, kata UNHCR. Seorang tahanan Manus, warga Iran bernama Behrouz Boochani, menulis di Twitter hari ini bahawa pelarian sedang “menggali ke dalam tanah untuk mencari air.” – AFP