Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB: Siasat pembunuhan pelajar Sudan

    KHARTOUM, 30 JULAI – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru satu siasatan dilancarkan dalam pembunuhan lima pelajar sekolah pada rapat Sudan tatkala pembantah menambah tekanan ke atas pemimpin tentera untuk memindah kuasa sebelum rundingan mengenai peralihan negara hari ini.

    Pembantah menuduh tentera separa Pasukan Sokongan Pesat, diketuai oleh Jeneral Mohamed Hamdan Daglo, menembak mati lima remaja pada satu rapat yang diadakan bertujuan membantah kekurangan roti dan minyak di bandar Al-Obeid semalam.

    Pembunuhan berlaku apabila pemimpin bantahan dijangka mengadakan rundingan dengan jeneral pemerintah hari ini mengenai aspek pemerintahan awam selepas kedua-dua pihak memeterai perjanjian perkongsian kuasa pada awal bulan ini.

    Agensi kanak-kanak PBB UNICEF menggesa pihak berkuasa supaya ‘menyiasat dan membawa semua penjenayah ke muka pengadilan.’

    “Tidak ada kanak-kanak yang harus dikebumikan dalam pakaian seragam sekolah mereka,” katanya dalam satu kenyataan, berkata pelajar yang terbunuh berusia di antara 15 dan 17 tahun.

    Pihak berkuasa mengumumkan perintah berkurung waktu malam di empat bandar di negeri Kordofan Utara selepas kematian di Al-Obeid, tatkala kumpulan bantahan utama, Persatuan Profesional Sudan, mengadakan rapat menentang ‘pembunuhan’ di seluruh negara. – AFP

    Tayar dibakar oleh pembantah Sudan ketika satu rapat di ibu negara Khartoum untuk mengutuk ‘pembunuhan’ lima penunjuk perasaan termasuk empat pelajar sekolah tinggi pada satu rapat di bandar Al-Obeida pada 29 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda