GENEVA, 19 OKT – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata hari ini ia akan menyimpan stok satu bilion picagari (jarum suntikan) di seluruh dunia pada penghujung 2021, untuk digunakan bagi penghantaran mana-mana vaksin koronavirus masa hadapan. UNICEF, Tabung Kanak-kanak PBB, mengatakan ia berhasrat untuk mendapatkan 520 juta picagari di gedungnya pada penghujung tahun ini, untuk menjamin