NEW YORK, 24 FEB – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara meluluskan resolusi tidak terikat pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) semalam, menggesa Rusia menamatkan permusuhan di Ukraine dan menarik balik tenteranya.
Resolusi yang digubal oleh Ukraine dalam rundingan dengan sekutunya, diluluskan 141-7, dengan 32 negara berkecuali itu menghantar mesej jelas pada ulang tahun pertama pencerobohan Moscow itu.
Tujuh negara yang mengundi menentang resolusi ialah Belarus, Nicaragua, Rusia, Syria, Korea Utara, Eritrea dan Mali yang kini menjalin hubungan ketenteraan rapat dengan Rusia.
Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, berkata undian itu jelas menunjukkan bukan Barat saja menyokong negaranya.
“Undi ini menentang hujah bahawa bahagian selatan global tidak berpihak kepada Ukraine, sebaliknya banyak negara yang mewakili Amerika Latin, Afrika, Asia berpihak kepada Ukraine,” katanya. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/02/P13-Lead-PBB_25022023.jpg)