Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB tekan Myanmar bebas kanak-kanak Rohingya ditahan

    YANGON, 9 April – Agensi kanak-kanak PBB, UNICEF telah menggesa kerajaan Myanmar untuk membebaskan kanak-kanak Rohingya yang ditahan sebagai sebahagian daripada kempen meluas tentera di negeri Rakhine.

    Lebih 600 orang telah ditangkap dalam tindakan keras tentera ke atas orang Islam Rohingya di utara ne-geri yang bergolak itu. Operasi itu dilancarkan selepas serangan maut militan ke atas pos kawalan polis pada Oktober. Kira-kira 70,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh memberikan keterangan kepada penyiasat PBB bagaimana mereka dipukul, diseksa dan dibiarkan kelaparan dalam penjara.

    Kanak-kanak antara yang ditahan. Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Justin Forsyth, berkata beliau memberikan maklumat mengenai puluhan kanak-kanak yang ditahan di penjara Buthidaung kepada pemimpin umum negara itu, Aung San Suu Kyi.

    “Ada kanak-kanak yang ditahan di penjara, jadi kami membangkitkan kes itu. Mana-mana kanak-kanak yang ditahan telah menjadi isu kepada kami,” katanya kepada AFP lewat semalam pada akhir lawatan singkat ke Myanmar.

    Kedua-duanya penerima anugerah Nobel Suu Kyi dan ketua tentera Myanmar menyedari bahawa ‘ada isu mengenai perkara itu’ namun tiada membuat komitmen tegas mengenai pembebasan mereka, tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda