Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBMP sambut Hari Maritim Sedunia, ulang tahun ke-3

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP), hari ini, telah mengadakan sembahyang fardu Maghrib dan sunat Hajat berjemaah serta Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Maritim Sedunia dan sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-3.

    Turut hadir pada majlis yang diadakan di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei itu ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof yang juga selaku pengerusi Lembaga Pengarah PBMP, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua eksekutif MPABD, ahli-ahli Lembaga Pengarah PBMP, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan agensi-agensi di bawahnya serta warga kerja PBMP.

    Majlis merupakan acara tahunan sempena Sambutan Hari Maritim Sedunia dan diselajurkan dengan memperingati ulang tahun penubuhan PBMP pada 28 September 2017.

    Sambutan Hari Maritim Sedunia pada tahun ini disambut pada 24 September 2020 dengan tema Sustainable Shipping for a Sustainable Planet yang dipilih oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) untuk meningkatkan kesedaran mengenai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan mengetengahkan kerja-kerja IMO serta negara-negara ahlinya ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan.

    Majlis telah diadakan dengan mengambil langkah-langkah pengawalan wabak COVID-19 yang masih dikuatkuasakan mengikut nasihat dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib ketika menghadiri majlis yang diadakan di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin. – Gambar oleh Lyna Muhamad
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda