Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP) telah memaklumkan mengenai jadual terkini operasi feri penumpang bagi perjalanan antara Brunei Darussalam ke Wilayah Persekutuan Labuan dan di Terminal Feri Serasa.
Bermula 1 Ogos ini, kapal MV Joy Star yang menjadi pengangkutan bagi perjalanan antara Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan itu akan tiba pada pukul 11:30 pagi dan bertolak pada 12:30 tengah hari setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.
Bagi tempahan tiket, orang ramai dinasihatkan untuk berhubung terus dengan syarikat pengendali feri sekurang-kurangnya satu hari sebelum membuat pelayaran.