LABUAN, 26 MAC – Parti Bersatu Sabah (PBS) Labuan yang memuji langkah penubuhan pasukan petugas khas bagi meneliti kebolehlaksanaan pembinaan jambatan Labuan-Menumbok, hari ini turut menggesa agar implikasi sosial projek berkenaan dinilai secara menyeluruh. Ketua bahagiannya, Datuk Peter Mak, berkata penting bagi pasukan petugas khas itu untuk mempertimbangkan pelbagai aspek melangkaui daya maju ekonomi sebelum membuat sebarang keputusan.

