Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Dalam menyemarakkan suasana Sambutan Hari Kebangsaan ke-41, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSB) Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan Projek Ikhlas Semarak Kebangsaan untuk menyantuni asnaf fakir dan miskin kelmarin.
Projek berkenaan telah diselaraskan oleh Badan Bertindak Bantuan Kemanusiaan PBSB yang telah menyenaraikan beberapa bentuk sedekah jariah berupa makanan asasi seperti beras, gula, minyak, mi segera, air mineral, tepung, makanan dalam tin, biskut, kopi dan teh, telur dan makanan lain.
Hadir sama bagi menerima sedekah jariah tersebut ialah Presiden PBSB, Dayang Lailatul Zubaidah Md Hussain pada majlis yang berlangsung di Kawasan Letak Kereta, Ibu Pejabat Kebangsaan PBSB, Bangunan Pejabat Pos Bunut secara pandu lalu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
Pada tahun ini, badan bertindak tersebut telah menyelaraskan agihan kepada beberapa orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf fakir miskin dan asnaf mualaf, Pusat Dakwah Islamiah pada awal bulan Ramadan nanti.
