BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan Kempen Kebersihan Kubur di Tanah Perkuburan Islam Batu Satu, di ibu negara.
Rombongan PBSM tersebut telah diketuai oleh Komandan Daerah Brunei dan Muara PBSM, Awang Mohd Sunsai bin Haji Liadin.
Selain membersihkan kubur, rombongan turut membaca Yasin dan Tahlil bagi mereka yang telah kembali ke rahmatullah.
Selepas kempen berkenaan, rombongan kembali ke Ibu Pejabat PBSM di Anggerek
Desa bagi berbuka puasa bersama-sama, diikuti dengan solat Fardu Maghrib berjemaah.
