Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    PBSM hargai jasa posmen, kakitangan pejabat pos

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Seramai 41 orang posmen dan kakitangan pejabat pos menerima sumbangan berupa makanan keperluan harian yang disumbangkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam dalam Majlis Penyampaian Bakul Sedekah Ramadan 1443H yang berlangsung di Ibu Pejabat PBSM Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada para penerima ialah Presiden PBSM Negara Brunei Darussalam, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff bin Pengiran Haji Bahar dan Pemangku Ketua Pos Agung, Jabatan Perkhidmatan Pos, Haji
    Aminuddin bin Haji Taib.

    Menurut Timbalan Presiden PBSM Negara Brunei Darussalam, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim, majlis penyampaian sumbangan berkenaan merupakan salah satu projek amal tahunan persatuan untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan berupa makanan kepada golongan yang memerlukan.

    Bagi projek tahun ini, beliau menyatakan bahawa mereka memilih untuk menyampaikan sumbangan kepada posmen dan kakitangan pejabat pos sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bertugas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

    Beliau menambah bahawa mereka merupakan salah satu kumpulan petugas barisan hadapan dan sumbangan adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

    Terdahulu sebelum acara berkenaan, majlis penyampaian Bakul Sedekah Ramadan turut diadakan di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut di mana Haji Mohd Suhaimi bersama-sama imam masjid berkenaan telah menyampaikan sumbangan kepada seramai 17 orang anak yatim.

    Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat PBSM, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...