Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBSM kutip sumbangan penutup mulut dan hidung

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Dalam usaha untuk membantu memutuskan rantaian COVID-19 dan membantu golongan yang terkesan mendapatkan penutup mulut dan hidung, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam melaksanakan Inisiatif Jangkauan Komuniti COVID-19, Kegiatan Sumbangan Penutup Mulut dan Hidung.

    Menurut PBSM, ia merupakan satu inisiatif baharu oleh persatuan berkenaan untuk mendapatkan sumbangan bagi mengumpulkan sebanyak mungkin penutup mulut dan hidung daripada sektor korporat dan orang awam. Sumbangan berkenaan akan diagih-agihkan kepada petugas barisan hadapan terutama Sukarelawan COVID-19 PBSM dan orang ramai khususnya masyarakat yang terkesan seperti masyarakat miskin dan kurang berkemampuan, pekerja migran warga

    asing di sektor swasta dan binaan. Usaha itu dihasratkan untuk membantu golongan terkesan sama-sama menggelakkan daripada mereka dikenakan denda kompaun dan juga memutuskan rantaian COVID-19.

    Pada masa yang sama, PBSM juga mengaktifkan Pusat Operasi COVID-19 di Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam di Tingkat Atas, Pejabat Pos Bunut, Jalan Haji Halus, Bandar Seri Begawan bermula dari 8 pagi hingga 8 malam. Pusat berkenaan memberikan bantuan kecemasan, bantuan sukarelawan, bantuan kemaslahatan serta maklumat terkini situasi wabak COVID-19.

    Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh menghubu-ngi hotline PBSM di talian 8260380.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda