Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBSM, Megamas meterai MoU

    Gambar serahan Megamas

    BELAIT, 3 MAC – Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Megamas Training Company semalam untuk memberikan latihan pertolongan cemas di sektor berkenaan yang diadakan di premis Megamas di Kuala Belait.

    Menandatangani bagi pihak PBSM ialah Timbalan Presiden, Dasar dan Kewangan, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff bin Pengiran Haji Bahar dan disaksikan oleh Pengetua, Akademi Latihan Nasional BRC, Haji Mohd Hilhamd bin Haji Johari, manakala menandatangani bagi pihak Megamas ialah Pengurus Besar, Mohd Firdaus Eswandi @ Michael Stringer sambil disaksikan oleh Timbalan Pengurus Besar Megamas, Haji Mahmud Idris.

    Dengan penandatanganan tersebut, pusat latihan berkenaan adalah yang pertama diiktiraf di sektor minyak dan gas di Brunei bersama PBSM untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas pertolongan cemas kepada para peserta yang mungkin berguna untuk menangani sebarang kecemasan yang berkemungkinan besar berlaku dalam kehidupan seharian.

    Megamas telah mengadakan Kursus Pertolongan Cemas selama dua hari kepada 16 peserta sempena acara penandatanganan tersebut.

    Kerjasama itu turut diakui oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) yang akan memantau latihan pertolongan cemas berkenaan.

    Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff dan Mohd Firdaus Eswandi @ Michael Stringer ketika bertukar-tukar dokumen perjanjian berkenaan.
    Sesi bergambar ramai antara PBSM dan Megamas semasa majlis penandatanganan MoU tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda