Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PBT Sabah digesa perkasa elemen hijau

    KOTA KINABALU, 27 FEB – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah perlu terus memperkasakan elemen hijau dalam setiap perancangan termasuk penyediaan pelan landskap demi mencapai matlamat pembangunan mampan, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

    Beliau berkata, penerapan elemen hijau itu tidak hanya terhad dengan menanam pokok tetapi juga unsur fizikal lain seperti taman atas bumbung, sistem penuaian air hujan, penggunaan bahan binaan mesra alam dan penjanaan tenaga boleh diperbaharui melalui sistem kecekapan tenaga solar.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu berkata, ini penting sebagai usaha menangani perubahan iklim dengan memastikan pengurangan pelepasan karbon bagi memelihara kelestarian alam sekitar.

    “Berdasarkan beberapa siri (program pembangunan hijau) yang telah dibuat ke semua PBT dibahagikan mengikut zon pada tahun lepas, komitmen mereka sangat tinggi dan semua perancangan mereka juga ke arah pembangunan hijau serta mengurangkan pelepasan karbon.

    “Ini termasuk dalam aspek pengurusan sisa pepejal.

    “Adalah menjadi harapan kami agar semua perancangan mereka lebih ke arah kelestarian,” katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Program Festival I-Hijau (Inisiatif Hijau Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah-Aspirasi Sabah Maju Jaya): Ke Arah Kod HIJAU Sabah, hari ini. – Bernama

    Joachim memberi ucapan perasmian semasa penyampaian anugerah Kejujuran Antarabangsa Asia Pasifik ke-20 di Hotel Berjaya Times Square pada 3 Disember. Berkenaan pembangunan di Sabah, beliau menggesa supaya PBT perlu menyediakan pelan landskap untuk pembangunan mampan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...