Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PDB adakan majlis khatam

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Badan Ugama Islam, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), hari ini, telah menganjurkan Majlis Khatam dan Tadarus Al-Quran yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang penuh keberkahan itu ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali, para pengarah dan timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah daerah polis, ketua-ketua formasi, pegawai serta anggota PDB.

    Acara telah dimulakan dengan Sembahyang Fardu Zuhur berjemaah yang diimamkan oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir dan diikuti dengan acara khatam Al-Quran, bacaan takhtim dan juga tahlil.

    Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan bagi semua anggota PDB khasnya dan seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam amnya di sepanjang bulan Ramadan ini.

    Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei semasa menghadiri Majlis Khatam dan Tadarus Al-Quran di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda