Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PDB anjur kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Bersempena Sambutan Hari Polis ke-99 tahun, salah satu kegiatan yang dilaksanakan pada 2020 ialah kempen derma darah yang berlangsung di Dewan Serba guna Pusat Latihan Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PDB, di sini, kempen itu bertujuan untuk menyumbang dan mengumpulkan bekalan darah di negara ini yang secara tidak langsung dapat membantu mereka yang memerlukan.

    Pada masa yang sama, dengan adanya kempen berkenaan, ia dihasratkan dapat mencapai keberkesanan yang positif ke arah kesedaran anggota PDB dalam memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kepentingan dan keperluan bekalan darah.

    Kenyataan menyatakan bahawa kempen derma darah itu akan dilaratkan lagi ke jabatan-jabatan di bawah PDB serta daerah-daerah polis yang lain.

    Salah seorang anggota polis ketika menyertai kempen derma darah bersempena Sambutan Hari Polis ke-99 tahun di Dewan Serba guna Pusat Latihan Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda