Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    PDI ajak mualaf hayati bulan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Untuk mengajak para mualaf bagi sama-sama menghayati bulan Ramadan dengan melakukan berbagai aktiviti keagamaan, rombongan dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah meneruskan lagi Majlis Bertadarus bersama Mualaf Mukim Sukang dan Mukim Melilas di Julangan Titah Rumah Panjang Kampung Melilas, Daerah Belait, kelmarin.

    Hadir selaku ketua rombongan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Bahagian Pengembangan Dakwah, Bahagian Pembangunan Mualaf dan Unit Dakwah Daerah Belait ialah Ketua Bahagian Pengembangan Dakwah, PDI, Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidop.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan tadarus yang dipimpin oleh ketua rombongan.

    Kemudian, acara disusuli dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah, sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penghuni Julangan Titah Rumah Panjang Kampung Melilas, Rumah Besar Kampung Sukang, dan Rumah Panjang Punan yang disempurnakan oleh ketua rombongan.

    Pengiran Haji Jufri menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PDI
    Pengiran Haji Jufri bersama jemaah lain semasa majlis bertadarus yang berlangsung di Julangan Titah Rumah Panjang Kampung Melilas, Daerah Belait, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda