Saturday, February 15, 2025
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PDI anjur tazkirah hayati Nisfu Syaaban

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Bagi menggalakkan para mualaf di Negara Brunei Darussalam untuk terus menghidupkan bulan Syaaban dengan amal ibadat, Majlis Sambutan Nisfu Syaaban dan Tazkirah Kelebihan Bulan Syaaban Menjelang Ramadhan bersempena dengan Nisfu Syaaban 1446 Hijrah telah diadakan kelmarin.

    Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Nurul Islam Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Mualaf (Pengupayaan Mualaf), Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah dihadiri oleh Pemangku Pegawai Ugama Kanan, PDI, Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunung, ahli-ahli Persatuan Nurul Islam, para pelajar Kelas Bimbingan Mualaf serta pegawai dan kakitangan PDI.

    Majlis yang diadakan di Mushalla Al-Ameen, PDI, Kampung Pulaie itu didahului dengan bacaan Surah Yassin sebanyak tiga kali dipimpin oleh Haji Mihammad Nabil Hakim bin Haji Muhammad Nabil Hafizzuddin dan diikuti dengan tazkirah mengenai kelebihan bulan Syaaban serta menjelangnya bulan Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, PDI, Dayang Nurhuwaina binti Mahmud.

    Dengan adanya majlis seumpama ini, kelebihan bulan Syaaban dapat dihayati di samping dapat memupuk rasa kehambaan pada diri setiap mualaf serta membantu mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk menjadi mukmin sejati.

    Dayang Hajah Zunainah  bersama tetamu yang lain hadir di majlis itu.
    Dayang Nurhuwaina menyampaikan tazkirah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda