Wednesday, March 26, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    PDI, PESATU terus semarak Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Rombongan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) kelmarin meneruskan lagi aktiviti bertadarus, berbuka puasa, sembahyang Sunat Tarawih dan Witir bersama mualaf di Daerah Tutong khususnya Persatuan Saudara-saudara Baru Daerah Tutong (PESATU) yang diadakan di Bangunan Serba guna PESATU, Kampung Tanjung Panjang, Mukim Tanjung Maya, Daerah Tutong.

    Aktiviti dikendalikan oleh PDI melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dan Unit Dakwah Daerah Tutong.

    Hadir selaku ketua rombongan, Penolong Pengarah, PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan tadarus oleh ketua rombongan. Acara kemudian diteruskan dengan penyerahan buku-buku terbitan PDI untuk kegunaan jemaah di dewan berkenaan.

    Antara objektif majlis tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan para mualaf untuk sama-sama mengimarahkan masjid, surau, balai ibadat, pos dakwah dan juga rumah kegiatan agama di kawasan masing-masing. Di samping itu, ia juga bertujuan supaya mereka akan dapat sama-sama menghayati bulan Ramadan.

    Antara pengisian aktiviti termasuk penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan sumbangan kepada mualaf yang memerlukan.

    PDI terus berusaha menyebarkan dakwah kepada para mualaf di Negara Brunei Darussalam khususnya, dengan mengajak dan mendampingi mereka dalam beribadah iaitu melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti membaca Al-Quran, sembahyang Sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah.

    Turut hadir ialah Pegawai Perkembangan Ugama, Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidup; Pegawai Pelajaran Ugama, Datin Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub; dan Naib Yang Di-Pertua PESATU, Haji Mohd Khairul Alaika bin Haji Abdul Aziz.

    Haji Ahmad Abdussalam mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan tadarus. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda