Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    PDI terus memeduli kebajikan pelajar mualaf

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Seramai 194 pelajar dari kalangan anak-anak mualaf dan 85 buah keluarga mualaf seluruh negara menerima sumbangan peralatan sekolah dan keperluan asasi dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dengan kerjasama Kumpulan Amal Jariah, hari ini.

    Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh wakil Pengarah PDI dan Ketua Kumpulan Amal Jariah, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman kepada 34 orang pelajar dan 23 buah keluarga mualaf dari Daerah Brunei dan Muara dengan majlis penyampaian berlangsung di PDI.

    Sumbangan tersebut bertujuan bagi memeduli kebajikan dan hal ehwal pendidikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan sebagai dorongan bagi meningkatkan motivasi mereka untuk meraih kecemerlangan dalam pendidikan.

    Di samping itu ia juga sebagai satu dakwah yang berkesan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga yang memerlukan dalam menyediakan keperluan anak-anak menjelang pembukaan penggal persekolahan 2021.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, Dayang Zaerah binti Haji Mus dan Penolong Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf), Awang Mohd Wari @ Muhd Mu’izzuddin bin Haji Jaya.

    Penyampaian sumbangan dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dan Unit Dakwah Daerah-daerah dengan usahasama Kumpulan Amal Jariah yang merupakan susulan daripada majlis serupa yang telah diadakan pada 12 Disember dan 14 Disember lalu di Daerah Tutong, Belait dan Temburong.

    Antara yang hadir pada majlis penyampaian sumbangan tersebut.
    Haji Ahmad Abdussalam ketika menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda