Monday, May 6, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    PDP-I, Prabowo masing ungguli persepsi pengundi Indonesia

    JAKARTA, 11 OGOS – Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDP-I) masih menjadi tumpuan dalam persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya 2024 sementara pengerusi Parti Gerindra, Prabowo Subianto terus kekal di hadapan dalam senarai calon presiden baharu Indonesia, menurut kaji selidik.

    Tinjauan pendapat terbaharu oleh Indonesia Polling Stations (IPS) mendedahkan 22.3 peratus responden akan memilih PDI-P sekiranya pilihan raya diadakan sekarang. Parti Gerindra di tempat kedua dengan 17.8 peratus, di ikuti Parti Golkar (10.9 peratus) dan Parti Demokrat (10.8 peratus), kata penyelidik kanan IPS, Alfin Sugianto dalam satu kenyataan.

    Daripada segi parti mana mengambil berat akan masalah sebenar yang dihadapi masyarakat, 20.1 peratus responden menganggap PDI-P sebagai paling prihatin diikuti Gerindra 16.4 peratus, katanya. IPS melakukan tinjauan itu dari 1-8 Ogos di 34 wilayah di seluruh Indonesia melibatkan 1,220 responden dengan margin ralat 2.8 peratus pada tahap keyakinan 95 peratus.

    Mengenai persepsi pengundi terhadap calon presiden, Alfin berkata Prabowo berada di tempat pertama dengan undian 30.2 peratus diikuti Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo dengan 19.8 peratus dan Gabenor Jakarta Anies Baswedan dengan 18.9 peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...