Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    PDRM tumpaskan sindiket seludup rokok, minuman keras di Keningau

    KUALA LUMPUR, 6 FEB – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok dan minuman keras tidak bercukai kastam berjumlah RM4.45 juta dalam serbuan di tiga premis di Keningau, Sabah, Isnin lepas.

    Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata hasil serbuan itu dalam operasi bersepadu Op Taring Alpha 1 dan Alpha 2, polis menahan lima individu terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia.

    “Kita merampas 4,603 karton minuman keras pelbagai jenama, 3,120 karton rokok,empat kenderaan kenderaan dan tiga unit telefon bimbit yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Susulan kejayaan itu, katanya, pihaknya berjaya memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan, pengedaran dan penjualan arak dan rokok tidak berkastam yang bergerak aktif di sekitar kawasan Keningau. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda