Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Pearly-Thinaah terus tampil hebat, hampiri gelaran kedua

    KUALA LUMPUR, 13 OKT – Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah semakin menghampiri gelaran kedua mereka tahun ini selepas mengesahkan tempat ke final Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland, kelmarin.

    Dalam aksi separuh akhir kejohanan Super 500 itu di Energia Areena, Pearly-Thinah yang turun sebagai pilihan ketiga dipaksa mengharungi pertarungan sengit yang berlarutan selama 1 jam 42 minit sebelum mengetepikan pilihan kedua Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun, 21-19, 19-21, 26-24.

    Situasi final terbuka Hong Kong 2024 ketika pasangan nombor tujuh dunia itu membawa pulang gelaran pertama pertama mereka, mungkin berulang jika gandingan pilihan utama Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China berjaya menewaskan rakan senegara, Li Yi Jing-Luo Xu Min, dalam satu lagi aksi separuh akhir yang akan berlangsung hari ini.

    Bulan lepas, Pearly-Thinaah menewaskan Sheng Shu-Tan Ning, 21-14, 21-14, untuk dimahkotakan sebagai juara Terbuka Hong Kong 2024. Pearly-Thinaah akan menyertai pasangan profesional Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam aksi final esok selepas terdahulu gandingan nombor lapan dunia itu mengejutkan pilihan utama dari China Liang Wei Keng-Wang Chang, 19-21, 21-17, 21-18, dalam aksi separuh akhir.

    Pilihan kelima itu akan berdepan juara bertahan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen selepas pasangan pilihan kedua dari Denmark tersebut mengalahkan Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dari Thailand, 21-14, 21-19. – Bernama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Pearly-Thinaah enggan dabik dada kejayaan di Japan Masters

    KUALA LUMPUR, 17 NOV – Selepas merangkul gelaran Jelajah...

    Pearly-Thinaah juara Masters Jepun 2025

    KUALA LUMPUR, 16 NOV – Beregu badminton wanita utama...

    Kursus urutan bantu komuniti buta bina semula kehidupan

    SELANGOR – Saravanan Kaniappan, 41, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya...

    Pearly-Thinaah tebus kekecewaan, juara Terbuka Artik

    KUALA LUMPUR, 12 OKT - Gandingan beregu wanita nombor...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...