Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Peaty kalah mengejut di Komanwel

    BIRMINGHAM, 1 OGOS – Perenang England, Adam Peaty mencatat kekalahan mengejut dalam acara kuak dada lelaki 100m lelaki di temasya Komanwel semalam ketika kuasa besar Australia memecahkan rekod dunia dalam acara 4x200m gaya bebas wanita.

    Pemenang rekod dunia, Peaty hadir ke Birmingham dengan ketidaktentuan mengenai prestasinya selepas patah kaki tetapi pencapaian menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat di Pusar Akuatik Sandwell mengejutkan penyokong tuan rumah.

    Rakan pasukan daripada England, James Wilby meraih emas dengan catatan masa 59.25 saat manakala Zac Stubblety-Cook perak dan rakan senegara dari Australia, Sam Williamson.

    Pemenang pingat emas Olimpik sebanyak tiga kali, Peaty yang diberi sokongan padu oleh penyokong ketika dia berjalan ke blok permulaan bermula dengan baik di 50m pertama namun rentaknya mula merosot memasuki 50m kedua.

    Peaty yang terlepas kejohanan dunia di Budapest pada Jun lalu kerana kecederaan kaki, tidak pernah tewas dalam acara 100m kuak dada di kejohanan antarabangsa sebelum ini sejak 2014.

    Namun dia menyifatkan perlumbaan semalam itu sebagai satu perjuangan.

    “Apabila datang ke perlumbaan ada kalanya ia tidak seperti yang kita inginkan. Saya merasa kesakitan ketika 50m pertama tapi awda tahu ia kerana kekurangan latihan dan juga pertandingan.” – AFP

    Aksi Adam Peaty semasa bertanding dalam acara renang kuak dada 100 meter lelaki di Pusat Akuatik Sandwell di Birmingham, England pada 31 Julai 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...