Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pecco, Miller bertemu peminat MotoGP Malaysia

    PETALING JAYA, 20 OKT – Pendahulu Kejohanan Dunia MotoGP Francesco Bagnaia, pelumba Ducati dan rakan sepasukannya Jack Miller mengadakan sesi bertemu bersama ratusan peminat dalam sesi ‘Champions Ride, Meet & Greet’ di sini hari ini.

    Pelumba Lenovo Ducati Team itu berada di negara ini untuk Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 pada hujung minggu ini sempat meluangkan masa bertemu peminat tempatan.

    Bagnaia, yang dikenali dengan nama jolokan ‘Pecco’ dan Miller menghadiahkan kenangan seumur hidup kepada ratusan peminat yang berkumpul di bilik pameran Ducati di sini. – Bernama

    Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia menurunkan tandatangan di atas helmet peminatnya ketika sesi temu ramah bersama peminat di Ducati Petaling Jaya, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda