Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai ABDB naik pangkat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seorang pegawai kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dinaikkan ke pangkat brigedier jeneral berkuat kuasa hari ini.

    Pegawai berkenaan ialah Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, 412 Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin dengan majlis kenaikan pangkat berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison, hari ini.

    Majlis kenaikan pangkat berkenaan telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, pemangku setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB serta ahli keluarga pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.

    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah menyempurnakan penyampaian tanda pangkat kepada Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi di majlis yang berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison, kelmarin.
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa menghadiri majlis yang berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda