Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai, anggota bomba malaysia sambut hari bomba sedunia bersama rakan di Katmandu

    KATHMANDU (Nepal), 4 Mei – Seramai 21 pegawai dan anggota bomba yang menyertai Cabaran Annapurna 2017 Media dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyambut Hari Bomba Sedunia 2017 di Balai Bomba Kathmandu hari ini.

    Kumpulan itu diketuai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin bersama 20 lagi pegawai dan anggota bomba melakukan kunjungan hormat ke balai yang terletak di Durbar Square di sini.

    Ketibaan mereka disambut Ketua Balai Bomba Kathmandu Kishor Kumar Bhattarai dan anggotanya.

    Pada majlis yang ringkas sempena sambutan Hari Bomba Sedunia 2017, Abdul Wahab juga menyampaikan amanat. selain itu, semua pegawai dan anggota Bomba yang hadir menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Jabatan Bomba.

    Pada majlis itu, Kishor Kumar Bhattarai juga menyarung cendera hati berbentuk skaf kepada pegawai dan anggota Bomba Malaysia sebagai tanda cenderamata atas kunjungan mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda