Saturday, February 22, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai BDTTA hadiri seminar ITTF

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Dua orang pegawai dari Persatuan Pingpong Brunei Darussalam (BDTTA) telah meninggalkan negara baru-baru ini untuk menghadiri Seminar Pengurus Pertandingan Lanjutan Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) di Doha, Qatar.

    Kedua-dua wakil itu ialah Mohd Khairi bin Haji Salleh dan Mohammad Sani bin Haji Mat Serudin, di mana mereka berpeluang untuk melihat secara eksklusif persiapan peralatan dan tempat yang akan digunakan di peringkat antarabangsa.

    Peserta akan dapat merasai sendiri pengalaman semasa Pertandingan Bintang Pingpong Dunia (WTT) yang akan dipentaskan di Arena Sukan Lusail yang bermula kelmarin hingga 13 Januari.

    Selain melihat dengan lebih dekat persiapan perlawanan dan jenis peralatan yang digunakan semasa pertandingan, para peserta juga akan dapat menyaksikan perlawanan di acara WTT.

    Mohd Khairi dan Mohammad Sani bergambar kenangan di Doha, Qatar, ketika menghadiri Seminar ITTF. – GAMBAR SERAHAN BDTTA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda