Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai dipecat susulan insiden treler 273 mayat

    GUADALAJARA, Mexico, 20 Sept – Kerajaan negeri di Mexico telah memecat seorang pendakwa raya berhubung satu kejadian di mana trak treler yang membawa 273 mayat dipandu tanpa tujuan kerana kekurangan bilik dalam rumah mayat.

    “Saya tidak dapat menerima kesilapan ini, yang mengejutkan pendapat umum,” kata gabernor negeri barat Jalisco, Aristoteles Sandoval, ketika beliau memecat pendakwa Raul Sanchez.

    Ketua koroner negeri dipecat pada awal minggu ini disebabkan kejadian yang menyedihkan di ibu negeri Guadalajara.

    Mayat diletak dalam trak disejukkan akibat rumah mayat di bandar kedua terbesar Mexico itu sudah penuh.

    Pegawai pada mulanya meletak jumlah mayat pada 157 tetapi semalam mereka menambahnya kepada 273.

    Gambar yang diambil pada 17 September 2018 menunjukkan sebuah treler yang membawa lebih daripada 100 mayat dipandu dan diletakkan di berlainan tempat susulan rumah mayat penuh di bandar Guadalajara. – AFP

    Trak tersebut diletak selama dua minggu di sebuah gudang di pinggir bandar sehingga penduduk mengadu bau busuk dan lalat yang berkerumun di trak berkenaan.

    Pihak berkuasa seterusnya memindah trak itu ke sebuah tempat kosong di kawasan lain tidak jauh dari pusta bandar, sehingga penduduk di sana membantah pada Sabtu lalu.

    Pegawai seterusnya memindahnya ke sebuah bangunan simpanan pendakwaan di pusat bandar, di mana ia masih diletak di sana sehingga sekarang.

    Saluran berita semalam menyiarkan gambar treler trak yang terbuka, dengan timbunan mayat dalam beg hitam dan seorang lelaki memakai but putih memijak di atas beg. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda