Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai EU bimbang sekatan eksport cip AI oleh AS

    BRUSSELS, 14 JAN – Pegawai Suruhanjaya Eropah kelmarin menyuarakan kebimbangan terhadap langkah baharu Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI) terhadap beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan syarikat mereka, lapor Xinhua.

    “Kami bimbang dengan langkah yang diambil AS bagi menyekat akses eksport cip AI termaju kepada negara anggota EU tertentu dan syarikat mereka,” menurut kenyataan bersama oleh Naib Presiden Eksekutif, Henna Virkkunen dan Pesuruhjaya Maros Sefcovic daripada Suruhanjaya Eropah.

    “Kami percaya bahawa membenarkan EU membeli cip AI termaju dari AS tanpa sebarang had juga selaras dengan kepentingan ekonomi dan keselamatan AS,” menurut kenyataan itu lagi. – Bernama/Xinhua

    EU bimbang sekatan eksport cip AI oleh AS. – Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda