Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai imigresen ditahan seludup enam warga India

    KUALA LUMPUR, 2 NOV – Seorang pegawai imigresen ditahan kerana disyaki membawa enam lelaki warga India memasuki negara ini tanpa dokumen sah dalam sindiket menyeludup warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, dekat sini semalam.

    Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata enam lelaki India itu turut ditahan pada 7:45 malam. Beliau berkata kesemua warga asing berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun itu, cuba memasuki negara ini untuk bekerja tanpa pas yang sah serta mengelakkan bayaran levi.

    “Modus operandi sindiket berkenaan ialah dengan menawarkan e-visa palsu kepada mereka untuk memasuki Malaysia sebagai pelancong.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda