Wednesday, March 26, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai India gagalkan penyeludupan monyet terancam

    NEW DELHI, 25 MAC – Pegawai lapangan terbang di selatan India telah menggagalkan cubaan menyeludup enam monyet terancam dari Malaysia ke India dan menghantar semula hidupan liar yang dirampas itu ke Kuala Lumpur.

    Empat ekor siamang dan dua ekor beruk ekor babi utara dirampas daripada seorang penumpang India yang menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, Bengaluru, pada malam Ahad.

    “Kesemua monyet itu telah diterbangkan semula ke Malaysia pada Isnin. Kami mengesan peningkatan trend penyeludupan spesies eksotik ke Bengaluru sejak setahun lalu,” kata seorang pegawai kastam India seperti dipetik dalam laporan akhbar New Indian Express hari ini.

    “Berdasarkan profil, kami menumpukan perhatian kepada individu tertentu ini, yang merupakan penduduk asal Tamil Nadu. Enam ekor monyet itu disembunyikan di antara coklat dan pakaian dalam satu beg troli yang didaftar masuk ketika menaiki pesawat,” katanya. – Bernama

    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda