Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai Jepun hilang dokumen pengedar dadah akibat mabuk

    TOKYO, 11 FEB – Seorang pegawai Kementerian Kewangan Jepun kehilangan dokumen yang mengandungi maklumat peribadi hampir 200 orang yang disyaki pengedar dadah haram, lapor media tempatan.

    Pegawai dengan biro kastam dan tarif kementerian itu berada dalam keadaan mabuk minggu lalu dan tidak menyedari beg mereka telah hilang, kata penyiar awam NHK, kelmarin.

    Dalam beg tersebut terdapat dokumen dengan butiran 187 individu, termasuk nama dan alamat penyeludup dadah yang disyaki serta penerima benih ganja.

    Pegawai itu dilaporkan mula minum dengan kakitangan kastam di Yokohama, dekat Tokyo, kira-kira jam 6 petang Khamis lalu.

    “Insiden itu jelas menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap kami, dan kami ingin memohon maaf,” kata kementerian itu kepada media tempatan, sambil menambah pegawai terbabit akan dikenakan hukuman berat.

    Bagaimanapun, AFP tidak dapat menghubungi Kementerian Kewangan hari ini, yang merupakan cuti umum di Jepun. – AFP

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda