Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai, kakitangan KKBS terima kurma kurnia

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Sebanyak 6,614 kotak kecil kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1445/2024 telah sempurna diagihkan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta jabatan-jabatan di bawahnya termasuk untuk ahli-ahli keluarga masing-masing pada majlis penyampaian kurma bertempat di Dewan Citra Budaya, KKBS, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

    Bagi memberkati majlis, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Pegawai i-Ready Pusat Pembangunan Belia, Awang Abdul Muazzam Azri bin Zulkifli.

    Majlis diteruskan dengan penyerahan kurma kurnia peribadi Baginda Sultan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai i-Ready Pusat Pembangunan Belia, Awang Abdul Muazzam Azri bin Zulkifli.

    Turut hadir timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian serta pegawai dan kakitangan KKBS.

    Pengiran Haji Mohd Hasnan menyempurnakan majlis pengagihan kurma kepada salah seorang penerima semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda