Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai Kanan BIBD tamatkan Cambridge-IFLP ke-3

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Pemangku Ketua Kumpulan Perbankan Antarabangsa, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Syed Alwi Syed Abdullah Alkaff dan Timbalan Ketua Perhubungan Kerajaan & Projek Khas, Haji Mohd Yusri bin Haji Wahsalfelah, baru-baru ini, telah berjaya menamatkan Program Kepimpinan Kewangan Islam Cambridge (Cambridge-IFLP) ke-3.

    Pada waktu yang sama, Pengerusi Eksekutif Cambridge IF Analytica, Profesor Humayon Dar juga mengiktiraf Haji Mohd Yusri sebagai pemimpin perbankan dan kewangan Islam berpotensi kelas tinggi, menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, di sini, hari ini. Kenyataan menjelaskan, Haji Mohd Yusri adalah antara enam delegasi lainnya yang mempamerkan kualiti kepimpinan dan proaktif dalam perbincangan dan aktiviti, dan dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Cambridge. Pengarah Program, Dr Sofiza Azmi dipetik sebagai berkata, “Delegasi BIBD menonjol secara profesional. Mereka menyumbang dalam perbincangan dengan cara yang bermakna menyalurkan gaya pemikiran kepimpinan yang tinggi”.

    Penyertaan BIBD dalam acara tersebut adalah selaras dengan misi dan strategi untuk menghasilkan profesional-profesional bertaraf dunia yang menyokong dalam pelan pembangunan jangka masa panjang Brunei iaitu Wawasan 2035. Program yang berlangsung di Clare College, ahli University of Cambridge itu dihadiri 50 delegasi, penyampai dan mentor dari 15 buah negara dari Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah dan Asia untuk menyertai program selama lima hari itu.

    Haji Mohd Yusri dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Cambridge.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda