Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pegawai kanan Jepun ke China bincang insiden budak maut ditikam

    TOKYO, 23 SEPT – Naib menteri luar Jepun akan membincangkan kejadian tikaman maut seorang budak sekolah dengan Beijing hari ini, menurut kementerian luar Tokyo.

    Dari Ahad hingga Selasa, menteri negara Jepun bagi hal ehwal luar negeri, Yoshifumi Tsuge akan melawat Beijing “untuk menangani kematian seorang kanak-kanak di Sekolah Jepun Shenzhen,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan kelmarin.

    Selepas serangan minggu lalu di bandar Shenzhen di selatan China, Perdana Menteri Fumio Kishida menuntut penjelasan dan menggesa China memastikan keselamatan warga Jepun.

    Beijing menyatakan  rasa kesal dan sedih atas apa yang dikatakan insiden terpencil yang “boleh berlaku di mana-mana negara”.

    Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa juga sedang mengatur untuk bertemu rakan sejawatannya dari China di New York semasa mereka berdua melawat bandar Amerika Syarikat itu, menurut penyiar awam NHK.

    Media Jepun melaporkan bahawa budak lelaki itu adalah warga Jepun berusia 10 tahun yang tinggal di Shenzhen, manakala kementerian luar Beijing menyatakan ibu bapanya masing-masing warga Jepun dan China.

    Polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang disyaki menikam kanak-kanak itu.

    Walaupun masih tidak jelas sama ada serangan itu bermotifkan politik, ia berlaku pada 18 September, hari ulang tahun ‘Insiden Mukden’ atau ‘Insiden Manchuria’ 1931, yang dikenali di China sebagai hari penghinaan negara.

    Hubungan antara negara-negara itu semakin buruk apabila China tegas dalam pertikaian wilayah sementara Jepun meningkatkan hubungan keselamatan dengan Amerika Syarikat dan sekutunya.

    Tetapi Beijing mengumumkan minggu lalu bahawa ia akan ‘menyambung semula secara beransur-ansur’ aktiviti mengimport makanan laut dari Jepun selepas larangan pada Ogos tahun lalu berhubung pelepasan air dari loji nuklear Fukushima. – AFP

    Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa bercakap kepada wartawan mengenai insiden pelajar ditikam di Tokyo pada 19 September. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    China pamer penerapan teknologi AI, tangani isu perubahan iklim

    BELEM, 21 NOV - Aktiviti Hari Pendigitalan ‘Pavilion China’...

    Lelaki menang pertandingan ‘berbaring’ atas tilam selama 33 jam

    HOHHOT, CHINA, 21 NOV - Seorang lelaki di China...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...